Wednesday, 7 December 2011

Perhubungan Ibarat Roda

Saya rasa mugkin ramai pernah dengar bahawa kehidupan kita ini seperti sebuah roda yang berputar. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita hidup senang, Sekejap kita hidup susah. Proses ini sama seperti roda yang sentiasa berputar tanpa henti. Begitu juga lah sama seperti perhubungan kita dengan si dia. Ianya sama seperti roda, seperti yang kita lalui. Kadang kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita. Tetapi ada masanya, kita berasa sedih.Macam macam boleh berlaku dalam berpasangan. Ketika 'roda' kita berada di atas, segalanya adalah kegembiraan. Kita rasa gembira bila kita berada di sisi dia, berjalan bersama sama, berkongsi kisah dan cerita bersama dan menghabiskan masa bersamanya. Tetapi apabila 'roda' kita berada di bawah, segalanya adalah kesedihan dan kepahitan. Kemungkinan ianya berlaku disebabkan perselisihan faham, terasa dengan sikap pasangan atau sebagainya sehingga hubungan menjadi renggang dan hambar. Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak ada segalanya indah dalam berpasangan. Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan. Bagaimanakah kita hendak mengahdapi ketika 'roda' berada di bawah. Salah satu cara nya adalah jadikanlah apa yang berlaku mematangkan hubungan kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada kebaikannya. Ambil iktibar dari masalah ini agar ianya tidak berulang lagi. Selain itu, memohon maaf dan sedia memaafkan. Perbetulkan kesilapan itu dan jangan diulangnya lagi. Walaupun anda tau yang si dia yang melakukan kesalahan, anda perlu perbetulkan diri anda sebelum anda membetulkan diri orang lain. Sekarang, Apabila 'roda' kembali ke atas. "Kadang kadang Allah menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari, Rupa rupa nya Allah memberikan kita pelangi." Pepatah ini daripada filem syurga cinta. Tidak semestinya kesulitan yang kita alami itu akan kekal selama lama nya. Sudah semestinya kita akan menghadapi kegembiraan dan kesedihan. Tetapi apabila anda berjaya keluar dari 'roda' yang berada di bawah, jangan mudah lupa diri. Beringatlah ketika anda sedang bersedih, ketika anda berada di bawah. Jangan terlalu gembira dengan kesenangan yang diperoleh. Bersyukurlah kepada Allah swt kerana telah mengeluarkan anda dari kesulitan yang dilalui. Anda kena ingat, roda sentiasa berputar. Akan tiba masa nya juga, anda akan kembali semula ke bawah. Pada waktu itu, kegembiraan tidak bermakna lagi.
Tentang cinta~

No comments:

Post a Comment